Pada 27 Jun 2024 (Khamis) Unit Integriti Majlis Bandaraya Seremban dengan kerjasama Jabatan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Seremban telah menganjurkan Program Bersama Keluarga yang diadakan di Bilik Latihan, Klana Di Hulu, Wisma MBS.

Seramai 40 orang pasangan suami dan isteri melibatkan kakitangan Majlis Bandaraya Seremban telah hadir dalam menjayakan program pada hari ini. Hadir di dalam sesi menyampaikan ceramah motivasi ini iaitu, Yang Amat Berusaha, Dr Mohd Hatta Bin Othman Ketua Unit Kaunseling Bahagian Kaunseling Dan Latihan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Yang Berusaha, Tuan Muhamad Najmi bin Bahtiar Ketua Unit Pencegahan Dan Kesedaran Awam Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Seremban.

Objektif penganjuran program ini ialah memberi kesedaran tentang penyalahgunaan dadah di kalangan ahli keluarga dan masyarakat serta mengeratkan hubungan kekeluargaan diantara pasangan suami dan isteri.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pn. Siti Mardiana binti Alwi@Mansur selaku Penolong Ketua Unit Integriti MBS.

 

Program Intergriti   Program Intergriti

 

Program Intergriti   Program Intergriti