Program Pengindahan Landskap & Penanaman Pokok: “Hijaukan Bumi, Segarkan Minda”
Mantin, 10 September 2025 - Majlis Sukan Negara dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah melaksanakan program pengindahan landskap serta penanaman pokok di Lapang Sasar Mantin. Usaha ini dilaksanakan sebagai langkah mewujudkan persekitaran yang lebih hijau, segar dan lestari untuk komuniti setempat. Objektif program ini adalah untuk:
✅ Memberi pendedahan dan memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga keindahan serta menghargai alam sekitar
✅ Menanam rasa cinta terhadap alam semula jadi, memperindah kawasan dengan pokok-pokok bunga yang sesuai, serta menambah ilmu pengetahuan mengenai penanaman
✅ Mendidik masyarakat agar tidak melakukan kerosakan dan pencemaran alam sekitar pada masa hadapan
✅ Mewujudkan peluang kerjasama antara pihak berkuasa tempatan dan Majlis Sukan Negara melalui aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR)
Turut hadir LAr. Haji Nasiruddin bin Ab Rahman, Pengarah Jabatan Taman & Landskap MBS, Puan Marhizah binti Abdul Razak, Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Negeri Sembilan serta warga kerja MBS & MSN. Semoga usaha ini menjadi langkah berterusan dalam menjadikan bandar lebih hijau, indah dan lestari
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |







