SEMINAR PEMBANGUNAN & PENGURUSAN STRATA TAHUN 2023
Seremban, 16 Oktober 2023 - YBrs Tuan Mas Midyawan bin Yahya, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban telah menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar Pembangunan & Pengurusan Strata Tahun 2023.
Turut hadir semasa majlis berlangsung ialah YBhg. Dato’ Sr. Dr. Azimuddin bin Bahari (mantan Timbalan Ketua Setiausaha) Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Ahli-Ahli Majlis MBS dan Ketua-Ketua Jabatan serta Ketua Unit MBS.
Seminar anjuran Unit Pesuruhjaya Bangunan Majlis Bandaraya Seremban telah mendapat penyertaan peserta seramai 120 orang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan & swasta termasuklah pihak pengurusan JMB / MC.