Seremban, 18 April 2025 - YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menerima kunjungan daripada YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA) bagi mengadakan Sesi Libat Urus (SLU) bersama MBS.
SLU ini adalah untuk membincangkan aduan-aduan yang melibatkan MBS dan agensi luar. Selain itu, melalui sesi yang diadakan ini pelbagai idea dan penambahbaikan dapat dilakukan bagi memastikan pengurusan aduan kedua-kedua pihak bertambah baik dari semasa ke semasa.
Turut hadir semasa sesi tersebut diadakan ialah YBhg. Datin Saliza binti Mokhtar (Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) BPA), En. Muhammad Isa bin Md Onzer (Ketua Penolong Pengarah) BPA, Puan Joanna a/p Jayaprakash@Wilfred (Pengarah BPA Melaka/N.Sembilan) dan agensi-agensi luar seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.Sembilan, Pejabat Daerah & Tanah Seremban, JKR N.Sembilan, Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia Berhad dan pihak SWCORP.
Selain itu, sesi ini turut dihadiri oleh Tn. Ir.Ts. Mohd Kamal bin Mohd Yusof (Setiausaha MBS) dan Ketua-Ketua Jabatan MBS serta Ketua-Ketua Unit MBS.
Semoga dengan sesi seperti ini dapat memantapkan lagi pengurusan aduan di Majlis Bandaraya Seremban dan seteruskan meningkatkan imej MBS.