Sesi Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat, Pemangkuan Dan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based (TBK1), Majlis Bandaraya Seremban
Seremban, 28 Mac 2025 - YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menyampaikan surat kepada pegawai-pegawai bagi Kenaikan Pangkat, Pemangkuan Dan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based (TBK1), Majlis Bandaraya Seremban yang telah diadakan di Bilik Datuk Bandar, Wisma Majlis Bandaraya Seremban.
Turut hadir, Encik Saiful Azuar bin Haji Ahmad Jadi, Pengarah Khidmat Pengurusan, MBS.





