TINJAUAN LOKASI TERKESAN BANJIR DI SEKITAR NILAI
Seremban, 9 Disember - Satu tinjauan ke lokasi banjir telah dijalankan oleh pihak Majlis dalam mengenalpasti punca kejadian banjir berlaku. Baru-baru beberapa lokasi di Nilai telah dilanda banjir dan mengakibatkan kerosakan harta benda. Tinjauan ini dihadiri oleh Tn Mas Midyawan bin Yahya, Setiausaha MBS, ketua/wakil jabatan dan unit, pihak JPS, JKR dan agensi- agensi yang berkaitan. Beberapa solusi segera akan dilaksanakan dalam mengatasi banjir yang kerap berlaku di lokasi tersebut.