Semua warga Bandaraya Seremban dijemput hadir memeriahkan Hari Cuci Malaysia 2025: Program Pembersihan Mega Seluruh Negara

📅 Tarikh: 27 September 2025 (Sabtu)
📍 Lokasi: Taman Malaysia, Seremban, Negeri Sembilan
⏰ Masa: 8.00 pagi – 12.30 tengah hari

Program akan disempurnakan oleh:
YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban

Mari bersama-sama turun padang dalam aktiviti gotong-royong pembersihan sambil menyertai pelbagai aktiviti menarik:
♻️ Kutipan “Trash to Cash” – tukar sisa boleh kitar semula kepada ganjaran menarik
🛢️ Pengumpulan Minyak Masak Terpakai – dianjurkan oleh SWCorp & SWM

Ayuh kita berganding bahu memelihara kebersihan, kesihatan dan kelestarian alam sekitar 🌍✨
Semua dijemput hadir!

HARI CUCI MALAYSIA 2025: PROGRAM PEMBERSIHAN MEGA SELURUH NEGARA