Majlis Bandaraya Seremban telah mewartakan beberapa kawasan baru untuk dikenakan kutipan caj letak kereta di bawah Peraturan Lalu Lintas Jalan (Letak Kereta Bermeter) (Majlis Perbandaran Seremban) 1994.

MBS akan mengadakan KEMPEN PENGURANGAN KOMPAUN atas kesalahan tempat letak kereta yang dilakukan pada 02 MEI 2024 HINGGA 31 MEI 2024 diberi pengurangan sebanyak 50% jika kompaun tersebut dibayar pada tempoh mulai 02 MEI 2024 HINGGA 31 MEI 2024.

Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan MBS di talian 06-765 4333/4688/4601/4590 (Ibu Pejabat) atau 06-798 9071/9004 (Cawangan Nilai).

 

Kempen Pengurangan Kompaun Letak Kereta 2023