PROGRAM CABUTAN BERTUAH

 

Sukacita dimaklumkan bahawa KEMPEN CABUTAN BERTUAH KEPADA PEMBAYAR SECARA ATAS TALIAN DENGAN  BAYARAN PENUH CUKAI TAKSIRAN SEHINGGA 30 JUN 2022 bermula pada 1 Ogos 2021 dan akan tamat pada 31 Disember 2021. Promosi ini diadakan istimewa kepada seluruh pemilik harta di Majlis Bandaraya Seremban sebagai insentif dan galakan supaya membayar cukai taksiran serta menjelaskan tunggakan dengan kadar segera khusus untuk pembayaran secara online (agensi yang dilantik) dengan bayaran terdahulu sehingga 30 Jun 2022 (Penggal 1/2022).

 

Syarat - syarat penyertaan adalah seperti berikut :

  1. Promosi ini khusus kepada pembayaran cukai taksiran yang dibuat secara online (agensi yang dilantik).

  2. Cukai taksiran tahun 2021 hendaklah dijelaskan sepenuhnya berserta tunggakan ( sekiranya jika ada) berserta bayaran terdahulu sehingga 30 Jun 2022 (Penggal 1/2022)

  3. Pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan iaitu mulai 1 Ogos 2021 hingga 31 Disember 2021.

  4.  Senarai saluran pembayaran agensi yang dilantik  :

      - Saluran bayaran secara ATAS TALIAN (ONLINE) / AGENSI (Perbankan Internet )  seperti berikut :

    a.

    Maybank2u

    b.

    Public Bank Berhad

    c.

    RHB Bank Berhad

    d.

    JOMPAY(Biller kod 2840)

     
    -  PBTPay - https://pbtpay.kpkt.gov.my
     
    -  FPX / Kad Kredit / eWallet - https://epay.mbs.gov.my

    • Boost
    • Shopee Pay
    • Touch n Go
    • GrabPay
    • Maybank QR Pay