MBS sedang giat mempromosikan sektor pelancongan di bawah Pentadbiran MBS dan perjanjian ini merupakan permulaan bagi MBS untuk bekerjasama dengan lebih banyak IPT di Malaysia sebagai bandar pelancongan di peringkat yang lebih jauh. Kerjasama antara UiTM dan MBS telah mula terjalin semenjak pelaksanaan Kumpulan Inovasi Kreatif (KIK) bagi kategori Hybrid pada tahun 2020. Kerjasama ini membuahkan hasil apabila kumpulan ini telah menerima beberapa anugerah pertandingan di peringkat UiTM Zon Selatan dan di peringkat UiTM Zon-Zon seluruh Malaysia. Turut hadir semasa MoU diadakan ialah YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor Naib Canselor UiTM, Tuan Ramasamy K. Veeran Pengarah Urusan Merchantrade Asia Sdn Bhd, Prof. Dr. Yamin Yasin Rektor UiTM, Tn. Mas Midyawan bin Yahya Setiausaha MBS, Pn. Azura bt Abu Hassan Pengarah Pembangunan Masyarakat & Pelancongan MBS , En. Hanizam bin Ahmad Pengarah Undang-Undang & Penguatkuasaan MBS dan pegawai-pegawai MBS. |