PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN LATIHAN KEPIMPINAN DAN KEUSAHAWANAN PENIAGA GERAI MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN
Tarikh : 7 November 2024
Masa : 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Lokasi : Bilik Dato’ Dagang Paroi, Wisma Majlis Bandaraya Seremban
Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan MBS telah mengadakan Program Pembangunan Usahawan Latihan Kepimpinan dan Keusahawanan Peniaga Gerai MBS yang telah disampaikan oleh penceramah dari Kolej Yayasan Negeri Sembilan dan disertai oleh Peniaga Kiosk Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dan Peniaga Benteng Ampangan.
Tujuan program ini diadakan bagi:-
1. Penghasilan produk atau perniagaan yang berkualiti, terjamin dari segi kebersihan dan halal.
2. Penjagaan premis : Menjaga kebersihan dan menyelenggara premis dengan baik.
3. Pematuhan peraturan : Menghormati peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
4. Personaliti peniaga dan perniagaan yang berjaya.
5. Pengurusan Emosi dan Stress.
6. Keutamaan kepada aspek Keselamatan, Kesihatan dan Kesejahteraan diri dan perniagaan.