Program Libat Urus Datuk Bandar Bersama Penjaja Garden Homes Seremban 2

Seremban, 20 September 2025 - Majlis Bandaraya Seremban telah mengadakan Program Libat Urus Datuk Bandar Bersama Penjaja Garden Homes Seremban 2. Tujuan program ini diadakan ialah bagi memberi penerangan dengan lebih jelas dan telus mengenai keperluan, prosedur dan syarat-syarat untuk mendapatkan Tapak Penjaja Sementara di kawasan Garden Homes S2F2, Seremban 2. MBS menerusi Jabatan Pelesenan & Pembangunan Usahawan telah menyediakan 2 lokasi Tapak Penjaja Setempat (TPS) iaitu di TPS Fasa F (25 petak) dan TPS S2F2 (40 petak). Penentuan nombor tapak dilakukan melalui proses undian mengikut sesi perniagaan yang dipilih oleh peniaga samada sesi pagi atau sesi petang. Hasil undian adalah seperti berikut :-

1. 6 peniaga memilih tapak Fasa F (sesi pagi) ;
2. 9 peniaga memilih tapak Fasa F (sesi petang) ;
3. 7 peniaga memilih tapak Fasa S2F2 (sesi pagi) ;
4. 13 peniaga memilih tapak Fasa S2F2 (sesi petang).

13 permit perniagaan telah berjaya diserahkan kepada penjaja yang membawa dokumen yang lengkap. Manakala 22 permohonan yang tidak berjaya mendapatkan permit perlu membawa dokumen sokongan ke Pejabat Jabatan Pelesenan & Pembangunan Usahawan MBS. Selain itu, sebanyak 18 permohonan telah diterima bagi jenis perniagaan yang tidak sesuai di tapak penjaja setempat buat masa ini akan ditentukan di tapak yang sesuai dalam tempoh terdekat. Selain itu, Jabatan Kesihatan Persekitaran MBS turut membuka reruai pameran mengenai Kempen Bebas Beg Plastik. MBS meminta supaya penjaja yang berjaya mendapatkan tapak penjaja ini nanti menggunakan beg plastik biodegradasi.  YBhg. Dato' Ir.Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah memberi ucapan dan menyampaikan lesen sementara  kepada penjaja yang berjaya. Turut hadir semasa sesi tersebut diadakan ialah En. Mohd Lotffee bin Abdullah Pengarah Pelesenan & Pembangunan Usahawan MBS, En. Shamaruddin bin Saidin Ketua Unit Komunikasi Korporat dan pegawai-pegawai daripada jabatan dalaman MBS.

PROGRAM LIBAT URUS DATUK BANDAR BERSAMA PENJAJA GARDEN HOMES SEREMBAN 2 PROGRAM LIBAT URUS DATUK BANDAR BERSAMA PENJAJA GARDEN HOMES SEREMBAN 2