📌 PMR 2025 Negeri Sembilan

Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 bakal kembali menyantuni rakyat di Dataran Nilai, Negeri Sembilan mulai 22–24 Ogos 2025 (Jumaat–Ahad). Untuk penganjuran kali ini, Kementerian Digital (KD) tampil sebagai penganjur Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Negeri Sembilan. Bertemakan “Digital Merentasi Generasi, Memperkasa Komuniti”, PMR 2025 Negeri Sembilan menzahirkan komitmen berterusan Kerajaan mendigitalisasikan negara demi meningkatkan kualiti hidup serta memacu masa depan berteknologi tinggi yang berpaksikan nilai kemanusiaan dan keadilan sosial.

🎯 Aktiviti & Perkhidmatan Menarik di Booth Kementerian Digital:

💡 Pocket Talk Digital AgTech & Digital Creative Content
📈 eUsahawan – belajar kemahiran digital & bisnes online
🤝 Sesi mesra bersama maskot animasi tempatan – Boboiboy, Papa Zola & Upin Ipin
🎬 Tayangan Ejen Ali The Movie
🤖 Advokasi AI & Kesedaran Perlindungan Data Peribadi
📸 360° Photobooth untuk gambar paling unik!
🎁 Cabutan Bertuah dengan hadiah menarik menanti

💬 Nak kenal teknologi digital terkini? Nak bergambar dengan maskot popular? Nak bawa balik hadiah best? Semuanya ada di Reruai Kementerian Digital! 😉
📌 Jangan lupa – kementerian lain pun bawa pelbagai aktiviti & perkhidmatan menarik untuk semua lapisan masyarakat. Penuh ilmu, hiburan & peluang untuk seisi keluarga!

📅 22–24 Ogos 2025

📍 Dataran Nilai, Nilai, Negeri Sembilan
 

PROGRAM MADANI RAKYAT 2025