MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI MBS 2023
Seremban, 2 Mei 2023 - YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan telah bersama-sama hadir memeriahkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Majlis Bandaraya Seremban 2023 di Wisma MBS.
YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban turut menyantuni & beramah mesra bersama jemputan yang hadir terdiri daripada barisan Exco Kerajaan Negeri Sembilan, YB Ahli Parlimen, YB Senator, YB ADUN Kawasan, Ketua-Ketua Jabatan Negeri & Persekutuan, Wakil daripada pelbagai industri, persatuan-persatuan serta pengamal media.
Pada masa yang sama, YAB Menteri Besar bersama YBhg. Datuk Bandar mengadakan lawatan tapak bagi persediaan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sembilan & Malaysia Madani yang diadakan di Wisma MBS. Orang ramai dijemput hadir pada 7 Mei 2023(Ahad), mulai jam 10.30 pagi hingga 3.00 petang.