YBhg. Dato’ Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menghadiri Majlis Penutup Festival Bunga & Taman DiRaja Putrajaya 2022 di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim Menteri Wilayah Persekutuan. Turut hadir ialah LAr. Tuan Haji Nasiruddin bin Ab Rahman Pengarah Taman & Landskap MBS dan pegawai-pegawai MBS. Untuk makluman Majlis Bandaraya Seremban telah mengambil bahagian dalam pameran Pesta Floria yang diadakan sejak 29 Ogos 2022 sehingga 11 September 2022.
|