YBhg. Dato’ Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah merasmikan Majlis Perasmian Program @ Citra Lorong Seni Seremban di Lorong Seni Seremban. Turut hadir ialah En. Abdul Malek bin Adam Ahli Majlis MBS, Tuan Mas Midyawan bin Yahya Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban, YBhg. Profesor Dr. Yamin bin Yasin Rektor UiTM Negeri Sembilan, Yang Berusaha Dr. Siti Sara binti Ibrahim Timbalan Rektor UiTM Negeri Sembilan, Pembantu Ahli Majlis MBS, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Unit MBS, Pegawai-pegawai MBS serta pegawai-pegawai UiTM Cawangan Negeri Sembilan. Program yang julung kalinya diadakan ini adalah kerjasama di antara Majlis Bandaraya Seremban dan UiTM Negeri Sembilan untuk mempromosikan produk pelancongan yang ada di daerah Seremban. Pelbagai Aktiviti menarik sepanjang bulan Disember setiap hari Sabtu dan Ahad disediakan untuk pengunjung.
|