ACARA LARIAN TRAIL DES LENGGENG 2025 (TDL25)

Sukacita dimaklumkan bahawa Trail des Lenggeng (TDL25) edisi kedua akan diadakan pada:

29–30 November 2025
DusunNAS Farmstay & Campsite, Ulu Beranang, Lenggeng


Kategori larian:
5 km (Larian Desa Lenggeng)
15 km | 30 km | 50 km

Sasaran penyertaan: 700 pelari dari dalam & luar negara.

Objektif acara ini adalah untuk:
✅ Memperkenalkan Lenggeng sebagai destinasi eko-sukan & pelancongan.
✅ Menggalakkan penglibatan masyarakat setempat & peluang ekonomi kecil.
✅ Mempromosi Tahun Melawat Malaysia & Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.

Maklumat lanjut & pendaftaran boleh diperoleh di projekhijo.com/traildeslenggeng atau https://v2.checkpointspot.asia/event/trail-des-lenggeng-25

ACARA LARIAN TRAIL DES LENGGENG 2025 (TDL25)