Pengenaan Cukai Perkhidmatan (SST) 8%

Dimaklumkan bahawa bermula 1 Oktober 2025, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) akan mengenakan Cukai Perkhidmatan (SST) sebanyak 8% bagi sewaan, pajakan, dan perkhidmatan lain selaras dengan ketetapan Akta Cukai Perkhidmatan 2018 di bawah kawal selia Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Orang awam diminta mengambil maklum bahawa caj SST ini akan dimasukkan dalam bil sewaan bulanan dan bil pelbagai yang dikeluarkan oleh pihak MBS selepas tarikh tersebut.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
📞 1-300-888-500 / (03)7806-7200
📧 ccc@customs.gov.my

pengenaan cukai sst